Berdasarkan nilai-nilai murni berikut, sila pilih nilai yang sesuai untuk
diserapkan dalam huraian dapatan kajian anda.
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan.
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna.
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas.
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan
keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.
3.2 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam
sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup.
3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.
NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
4.1 Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri.
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian
untuk negara.
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan
mereka yang sempurna.
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan
pekerja dalam pembangunan negara.
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa
tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat
perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa
mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
6.2 Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman.
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan
mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan
kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti
atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
SEKOLAH SAYA SK BUKIT RIMAU
www.nurhadhinaskbr.blogspot.com
Wednesday, February 1, 2012
Sunday, January 29, 2012
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh Bilangan | penggunaannya | Contohnya |
angkatan | untuk sekumpulan manusia atau benda | kapal, tentera, pelukis, penulis |
baris | untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris | orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi |
batang | untuk menunjukkan benda-benda yang panjang | sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum |
bentuk | untuk benda-benda kecil yang berkeluk | mata kail, subang, cincin |
berkas | untuk benda-benda yang diikat bersama-sama | kunci, lidi, kayu |
bidang | untuk benda-benda yang terbentang luas | tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar |
biji | untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil | labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas |
Bilah | untuk benda-benda yang tajam | parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris |
buah | untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu | kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera |
buku | untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah | sabun, roti, benang |
butir | untuk benda-benda yang bulat atau kecil | telur, batu, manik, beras, peluru |
carik/cebis | untuk benda-benda yang dikoyakkan | kertas, kain |
cubit | untuk benda yang diambil sedikit dengan jari | garam, gula, kunyit |
cucuk | untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi | sate |
das | untuk bunyi letupan atau tembakan | meriam, pistol, senapang |
deret | untuk benda-benda yang tersusun | bangunan, rumah, kedai, kereta |
ekor | untuk semua jenis binatang | nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama |
genggam | untuk benda-benda yang digenggam | pasir, beras, padi |
gugus | untuk buah-buah ataupun benda | anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci |
gulung | untuk benda-benda yang bergulung | filem, permaidani, tikar, dawai, kertas |
helai | untuk benda-benda yang nipis dan lebar | daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput |
ikat | untuk benda-benda yang diikat | kayu, lidi, tebu, sayur, papan |
iris | untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil | bawang, timun, daging, buahbuahan |
jambak | untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai | bunga, kunci |
kaki | untuk benda-benda yang bertangkai | payung, cendawan, bungs |
kawan | untuk kumpulan haiwan | lembu, kambing, lebah, gajah, merpati |
kelompok | untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda | burung, awan, pulau, bintang |
kepal | untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan | nasi, pulut, tanah |
keping | untuk benda-benda yang nipis atau pipih | roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah |
kerat | untuk bahagian benda-benda yang dipotong | roti, tiang |
Ketul | untuk benda-benda yang berketul dan padu | ais, daging, tulang, sabun, roti |
Kotak | untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak | mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk |
kuntum | untuk bungs | mawar, melati, anggerik |
Laras | untuk senjata api | pistol, senapang, meriam |
lembar | benda-benda yang lurus dan panjang | kertas, dawai, benang |
longgok | untuk benda-benda yang berada dalam longgokan | durian, pakaian, tanah, cili |
naskhah | untuk bahan bacaan yang berjilid | surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku |
Orang | untuk manusia | guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen |
Papan | untuk benda-benda yang berbentuk kepingan | coklat, petai, mercun |
pasang | untuk benda dan manusia yang berpasangan | pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak |
pangsa | untuk bahagian dalam buah | durian |
pasukan | untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam | pemain kompang, polis, tentera pengakap |
patah | untuk kata | perkataan, kata-kata |
potong | untuk benda-benda yang sudah dipotong | kuih, daging, roti |
pucuk | untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api | jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung |
puntung | untuk sebahagian benda yang masih menyala | rokok, bara, kayu api |
rangkap | untuk puisi | pantun, sajak, syair |
rawan | untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat | jala, jaring, pukat |
ruas | untuk benda yang beruas-ruas | tebu, buluh |
rumpun | untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat | buluh, tebu, serai, pandan, padi |
sikat/sisir | untuk buah pisang | pisang |
tandan | untuk buah-buahan yang bertandan | pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit |
tangkai | untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai | rambutan, duku, kenanga, padi, daun |
titik | untuk cecair yang menitis | air, darah, dakwat, embun |
tongkol | untuk buah yang bertongkol | jagung |
ulas | untuk isi buah-buahan yang berpangsa | durian, limau, nangka, cempedak |
urat | untuk benda-benda yang halus dan panjang | rambut, benang, dawai, |
utas | untuk benda-benda yang panjang | tali, dawai, rantai |
PERUMPAMAAN
Perumpamaan | Maksud |
Bagai aur dengan tebing | tolong-menolong antara satu dengan yang lain |
Bagai bunyi cempedak jatuh | bunyi jatuh yang kuat |
Bagai bulan dipagari bintang | kecantikan gadis yang tiada bandingannya |
Bagai diiris dengan sembilu | perasaan yang sangat pedih |
Bagai duri dalam daging | sesuatu hal yang tidak menyenangkan |
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing | hanya mementingkan diri sendiri |
Bagai itik pulang petang | berjalan lambat sekali |
Bagai isi dengan kuku | persahabatan yang sangat erat |
Bagai kacang melupakan kulit | orang yang tidak tahu mengenang budi |
Bagai kumbang putus tali | amat cepat; terlepas daripada sengsara |
Bagai melepaskan batuk di tangga | membuat sesuatu kerja sambil lewa saja |
Bagai menatang minyak yang penuh | mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang |
Bagai mencencang air | membuat pekerjaan yang sia-sia |
Bagai mural tercabut ekor | seseorang yang becok mulutnya |
Bagai si kudung mendapat cincin | orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh |
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata | pasangan yang sama padan dan sama cantik |
Bagai tikus membaiki labu | merosakkan lagi barang yang dibaikinya |
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk | kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin |
Seperd anak ayam kehilangan ibu | berpecah dan hilang tempat bergantung |
Seperti anjing dengan kucing | adik-beradik yang suka bergaduh |
Seperti anjing dengan bayang-bayang | orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada |
Seperti api dalam sekam | dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi |
Seperti ayam berak kapur | muka pucat dan tidak bermaya |
Seperti bertih digoreng | bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti |
Seperti cacing kepanasan | tidak diam atau tenang; selalu gelisah |
Seperti embun di hujung rumput | kasih sayang yang tidak berkekalan |
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka | seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak |
Seperti harimau menyembunyikan kukunya | menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya |
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi | memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan |
Seperti katak di bawah tempurung | orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar |
Seperti kera kena belacan | tidak suka duduk diam |
Seperti kera mendapat bunga | seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain |
Seperti kerbau dicucuk hidung | seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa |
Seperti langit dengan bumi | perbezaan yang amat ketara |
Seperti mengajar itik berenang | mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita |
Seperti pahat dengan penukul | orang yang hanya bekerja apabila diperintah |
Seperti pungguk rindu akan bulan | mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh |
Seperti rusa masuk ke kampung | berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru |
Seperti tikus jatuh di beras | memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka |
Seperti ular kena palu | jalan atau barisan yang bengkang-bengkok |
Subscribe to:
Posts (Atom)